Kerajaan akan pastikan semua MP hadir sokong pindaan had 10 tahun Perdana Menteri Jun ini | The Reporter

Kerajaan akan pastikan semua MP hadir sokong pindaan had 10 tahun Perdana Menteri Jun ini

Kerajaan mahu semua MP hadir sokong pindaan had 10 tahun Perdana Menteri di Parlimen
Kerajaan akan memastikan MP kerajaan hadir bagi menyokong pindaan had 10 tahun Perdana Menteri apabila RUU dibentangkan semula Jun ini | Gambar: One Tiger Arena

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan Perpaduan memberi jaminan akan memastikan semua Ahli Parlimen blok kerajaan hadir dan memberikan sokongan penuh apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 dibentangkan semula di Dewan Rakyat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata usaha sedang digerakkan bagi memastikan wakil rakyat kerajaan bukan sahaja hadir, malah mengundi menyokong pindaan Perlembagaan tersebut yang disifatkan sebagai amat penting kepada sistem demokrasi negara.

Kerajaan mahu elak kegagalan berulang

Menurut Fahmi, Kabinet telah memutuskan RUU yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun itu akan dibawa semula pada sidang Parlimen sekitar Jun.

Katanya, kerajaan berharap semua Ahli Parlimen memahami kepentingan pindaan tersebut dan tidak menganggapnya sebagai isu partisan antara kerajaan dan pembangkang.

Beliau menegaskan pindaan berkenaan bertujuan memastikan tiada Perdana Menteri boleh memegang kuasa terlalu lama sehingga merasakan kedudukannya tidak boleh digugat.

Baca juga:

RUU sebelum ini gagal lulus

Isnin lalu, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 gagal diluluskan selepas tidak mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Seramai 146 Ahli Parlimen menyokong pindaan itu, namun 32 Ahli Parlimen tidak hadir manakala 44 lagi berkecuali.

Fahmi berkata Kabinet turut menerima taklimat daripada Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung status lapan Ahli Parlimen kerajaan yang tidak mengundi RUU tersebut, selain kemungkinan wujud salah faham dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang mengenai cadangan pindaan itu.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts