Guru sanggup tolak kerusi roda bagi murid istimewa sertai larian rentas desa bersama kawan-kawan | The Reporter

Guru sanggup tolak kerusi roda bagi murid istimewa sertai larian rentas desa bersama kawan-kawan

Rentas desa
Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok Adeela Shakila

Seperti kata pepatah, ‘guru diibaratkan seperti sebatang lilin’, yang bukan hanya berkorban demi memberikan ilmu kepada anak murid, malahan sanggup berbuat apa sahaja demi keperluan anak-anak didiknya.

Begitu juga jasa yang diberikan oleh Cikgu Fairus terhadap seorang anak muridnya yang menghidap cerebral palsy. Menerusi perkongsian dari ibu kanak-kanak tersebut, beliau terharu dengan jasa Cikgu Fairus yang sanggup menolak kerusi roda anaknya untuk bersama-sama rakan-rakan yang lain menyertai larian merentas desa.

Kanak-kanak istimewa tersebut yang dikenali sebagai Adam sangat gembira apabila diberitahu dapat menyertai larian tersebut bersama rakan-rakan.

https://www.tiktok.com/@adeelashakila/video/7473123876663315720?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Dalam perkongsian tersebut juga, ibu Adam, Adeela Shakila berkongsikan mesej perbualan WhatsApp Cikgu Fairus yang meminta izin untuk membawa Adam menyertai larian tersebut.

“Hari yang paling Adam tunggu-tunggu. Pengalaman pertama Adam. Dia sronok sangat. Masa dia lalu ibu tak boleh nak sorak dah kat dia. Sebak sangat-sangat terharu. Dia tak pernah join mana-mana sukan. Hanya mampu tengok kawan-kawan.

“Terima kasih Cikgu Fairus atas pengorbanan cikgu bagi peluang dan sudi tolak Adam. Hanya Allah mampu balas jasa cikgu,” tulisnya.

https://www.tiktok.com/@adeelashakila/video/7474598509199592711?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Cikgu Fairus yang berusaha untuk menggembirakan hati kanak-kanak istimewa ini selain menzahirkan penghargaan atas tindakan tersebut.

Related Posts