Guru kaunseling rakam perbuatan gangguan seksual terhadap murid & anak kandungnya, direman 7 hari - The Reporter

Guru kaunseling rakam perbuatan gangguan seksual terhadap murid & anak kandungnya, direman 7 hari

Seorang guru kaunseling berusia 43 tahun di sebuah sekolah rendah di daerah Seremban direman kerana dikesan melakukan gangguan seksual terhadap murid lelaki di sekolah berkenaan.

Siasatan mendapati, terdapat beberapa video lucah yang dipercayai dirakam oleh suspek ketika melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa.

Pemeriksaan turut menemui video perbuatan suspek terhadap anak kandungnya sendiri yang dipercayai berlaku di rumah mereka.

Susulan penemuan menjijikkan itu, Guru Besar sekolah berkenaan tampil membuat laporan polis.

Bertindak di atas maklumat yang diterima, polis telah menahan reman suspek selama tujuh hari selepas mendapat perintah reman daripada Mahkamah Majistret Seremban, hari ini untuk membantu siasatan kes melakukan amang seksual fizikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!