Seorang guru yang juga bertugas sebagai warden asrama meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas dikenakan tindakan siasatan dalaman (SISPA) gara-gara cuba menghalang pelajar daripada melakukan perbuatan tidak sepatutnya.
Dalam hantaran yang kini tular, beliau mendakwa segala usaha untuk mendidik pelajar berakhir dengan dirinya pula dipersalahkan. Akibatnya, semangat untuk mendidik semakin pudar dan kini hanya mengajar sekadar melaksanakan tanggungjawab asas.
“Sekarang ni di sekolah baharu dah tak ada roh nak mendidik. Datang sekolah, mengajar, cukup bulan ambil gaji untuk keluarga,” tulisnya.
Bersama hantaran itu, beliau turut memuat naik gambar tiga telefon bimbit dan satu peranti vape dipercayai hasil rampasan ketika cuba mengekang salah laku pelajar.

Baca juga:
- Video tular: Polis siasat dakwaan MB Perlis tembak lembu
- Netanyahu kritik tindakan Ben-Gvir terhadap aktiviS GSF
- Rakaman dron Haroqs jadi bukti dunia, dedah detik cemas sebelum diserbu tentera Israel
Tekanan dan dilema guru warden
Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga pendidik yang menganggap tugas warden sekolah berasrama semakin mencabar. Ramai berpendapat peranan mereka kini terhimpit antara disiplin pelajar dan tekanan pentadbiran.
Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman sama, mendakwa guru sering dipersalahkan walaupun hanya menjalankan tanggungjawab menjaga disiplin dan keselamatan pelajar.
Netizen simpati dan beri sokongan
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap guru tersebut serta menyeru pihak berkuasa pendidikan agar menilai semula sistem perlindungan dan keadilan terhadap warden sekolah.
Ada yang menyarankan agar warden diberikan latihan profesional dan perlindungan undang-undang yang lebih jelas bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.










