Gurmit Singh reda anak jadi ikon kumpulan songsang | The Reporter

Gurmit Singh reda anak jadi ikon kumpulan songsang

sokongan Gurmit Singh terhadap anak LGBTQ

Pelakon, Gurmit Singh, 59, menyatakan sokongannya terhadap anak perempuannya yang kini dikenali sebagai ikon queer, salah satu komunit dalami LGBTQ di Singapura.

“Dia tetap anak saya. Saya akan terus menyokongnya hingga akhir hayat,” kata Gurmit dalam siri terbaru CNA, The Assembly.

Anaknya, Worms, 27, adalah seorang artis yang terlibat dalam seni drag (menggayakan pakaian dan penampilan yang lebih feminin) serta burlesque (hiburan yang melibatkan tarian dan lakonan yang lucu atau sensual) dengan nama pentas Lychee Bye.

“Dia memilih jalan ini, dan pada mulanya memang sukar kerana dia terlibat dalam komuniti LGBTQ,” ujar pelakon watak Phua Chu Kang yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu..

Gurmit menjadi hos untuk episod pertama siri tersebut, di mana seorang peserta bertanya bagaimana beliau menerima keputusan anaknya untuk menjadi seorang ikon dalam komuniti LGBTQ.

“Kita mungkin tidak selalu setuju dengan pilihan hidup atau kerjaya dia, tetapi dia tetap darah daging saya,” jawab Gurmit.

Gurmit juga berkata, dia dapat menerima keadaan ini kerana ia mengingatkannya pada masa lalu ketika beliau memilih untuk menjadi pelakon walaupun ibu bapanya mahu dia menjadi peguam atau polis.

“Sebagai ibu bapa, selagi dia bahagia, saya bahagia. Dia bangga dengan dirinya,” tambah Gurmit.

Apabila ditanya sama ada beliau risau tentang keselamatan dan kesejahteraan mental anaknya sejak mengakui dirinya sebagai sebahagian daripada komuniti LGBTQ, Gurmit berkata menjadi sebahagian daripada komuniti ini sebenarnya menjadikan Worms lebih yakin.

“Dulu dia sangat pemalu. Dia takut dengan pandangan orang terhadap dirinya,” kata Gurmit. – Agensi

Related Posts