'Gila ka buang barang dari atas?!' - Lelaki warga asing ditahan polis kerana campak barang dari tingkat 15 BJ Court Apartment - The Reporter

‘Gila ka buang barang dari atas?!’ – Lelaki warga asing ditahan polis kerana campak barang dari tingkat 15 BJ Court Apartment

Sumber gambar: Video tular di media sosial

Polis menahan seorang lelaki warga asing (Bangladesh) kerana membuang beberapa objek daripada kediamannya di tingkat 15 tanpa mengambil kira akan keselamatan orang awam yang melalui kawasan itu.

Dalam kejadian yang berlaku di BJ Court Aparment, Bukit Jambul Pulau Pinang malam semalam, sumber juga memaklumkan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan dia bertindak di luar kawalan.

Antara objek yang dibuang oleh suspek adalah, periuk nasi, kerusi plastik, kipas angin dan lain-lain.

Bimbang kejadian menjadi tidak terkawal, orang awam kemudian menghubungi pihak polis untuk datang menangani masalah itu.

Tidak beberapa lama kemudian, kenderaan Unit Peronda Polis (MPV) tiba di lokasi dan beberapa anggota polis terus naik ke kediaman tersebut untuk menahan suspek.

Ketika suspek dibawa ke MPV, orang ramai sempat merakam gambar dan video suspek. Tidak kurang juga yang memarahinya kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya sebelum itu.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa kesal dengan apa yang telah berlaku. Malah mendakwa sejak kebelakangan ini warga asing di negara ini selalu menimbulkan masalah dan semakin berani bertindak di luar batasan yang mengundang rasa kurang selamat dalam masyarakat setempat.

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!