Gigih kejar lipas, kepala Oyen tersangkut dalam lubang dinding rumah - The Reporter

Gigih kejar lipas, kepala Oyen tersangkut dalam lubang dinding rumah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sabtu lalu, tular gambar seekor kucing yang kepalanya tersangkut dalam lubang dinding rumah.

Kejadian itu dikatakanberlaku di Taman Sunny, Kota Kinabalu, Sabah dan mangsa terperangkap dalam keadaan memeritkan itu hampir dua jam.

Menurut pemiliknya, kepala ‘Oyen’ tersangkut dalam lubang ketika haiwan peliharaannya itu cuba mengejar seekor lipas. Dia cuba membantu mengeluarkan kepala Oyen tetapi gagal, lalu menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai Bencana Operasi APM Kota Kinabalu, Ezra Gandui Daniel, mengesahkan pihaknya menerima panggilan itu pada jam 11.59 pagi.

Sepasukan anggota APM tiba di lokasi dan menilai keadaan sebelum mendapat kebenaran daripada pemilik rumah untuk memecahkan tembok dinding itu bagi melepaskan kepala Oyen.

Sebagai langkah keselamatan, Oyen telah dilindungi menggunakan selimut dan operasi berlangsung selama satu jam 45 minit itu berjaya mengeluarkan kepala kucing tersebut.

Oyen tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 1.30 petang.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Total
0
Share