YouTuber terkenal, IShowSpeed, pernah memuji keenakan burger buatan Malaysia ketika berkunjung di negara ini.
Dalam satu video yang tular, dia memberikan rating 9.5 daripada 10 untuk burger yang dicubanya. Malah, Speed sangat teruja dengan burger tersebut, kerana ia dibalut dengan telur, sesuatu yang dia tidak pernah lihat sebelum ini.

Selepas video IShowSpeed tular, gerai burger tersebut mendapat perhatian yang luar biasa. Ramai orang mula datang untuk mencuba burger yang dipuji oleh IShowSpeed.
Bagaimanapun gerai burger berkenaan yang terletak di Bangsar dilaporkan telah disita oleh pihak berkuasa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu, 2 Oktober 2023.
Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, kelihatan beberapa kenderaan DBKL berada di lokasi dan sudah tidak kelihatan gerai burger tersebut.
Sementara itu, pemilik gerai burger tampil memberi penjelasan ringkas bahawa gerai mereka ditutup buat sementara waktu.

“Bob’s Burger tutup sementara, berikutan kedai kita diambil oleh DBKL.
“Info terbaru kita akan update di sini dan di WhatsApp. Terima kasih,” katanya.








