Gara-gara lantang bersuara isu Palestin, kontrak Kaka Azraff bersama Warner Music ditamatkan - The Reporter

Gara-gara lantang bersuara isu Palestin, kontrak Kaka Azraff bersama Warner Music ditamatkan

Gara-gara lantang bersuara mengenai isu kekejaman zionis, kontrak pelantun lagu Gila, Kaka Azraff bersama Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. ditamatkan.

Menurut satu laporan, perkara tersebut disahkan melalui satu salinan surat tular yang memaklumkan Warner Music Malaysia telah menamatkan kontrak Kaka, 34, yang berkuatkuasa 31 Disember ini.

Menurut kontrak tersebut, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, tetap perlu memenuhi setiap aktiviti seni yang sudah diatur oleh pihak Warner. Walaupun selepas kontraknya ditamatkan.

Selain itu juga, Kaka turut diberi amaran supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen yang boleh mencalarkan imej Warner Music Malaysia serta pihak berkaitan.

Kaka bagaimanapun sehingga hari ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mempertahankan dirinya berhubung isu tersebut.

Difahamkan, perkara itu tercetus susulan tindakan penyanyi tersebut meninggalkan komen dengan mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu.

“Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa?

“Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel!” tulis Kaka.

Pihak berkenaan turut melakukan penyelidikan mengenai latar belakang Kaka. Sekali gus mendedahkan gambar, butiran peribadi, syarikat dinaunginya iaitu Warner Music Malaysia serta melabel penyanyi tersebut sebagai anti-Yahudi.

Susulan daripada pendedahan tersebut, penyokong tegar Israel mula menyerang akaun Instagram penyanyi terbabit dalam ruangan komen.

Sumber: Kosmo

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!