'Gaji rendah bukan faktor utama anggota polis terbabit rasuah' - KPN - The Reporter

‘Gaji rendah bukan faktor utama anggota polis terbabit rasuah’ – KPN

Sumber gambar: The Star

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menegaskan bahawa gaji bukanlah faktor utama yang mendorong anggota polis terbabit dalam aktiviti rasuah. Walaupun gaji rendah boleh menjadi salah satu faktor, tetapi ia bukanlah sebab utama.

Beliau mengakui bahawa gaji polis di Malaysia mungkin lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain seperti Singapura. Tetapi beliau menekankan bahawa ini adalah situasi yang berlaku mengikut keadaan setiap negara.

Razarudin juga menambah, taraf kehidupan dan lokasi penempatan juga mempengaruhi gaji anggota. Sebagai contoh, seorang konstabel yang ditempatkan di Kuala Lumpur mungkin merasa gajinya tidak mencukupi, tetapi jika ditempatkan di kawasan luar bandar seperti Belaga atau Beluran, gaji yang sama mungkin cukup selesa.

Razarudin sedia untuk disiasat

Selain itu, Razarudin menyeru masyarakat untuk melaporkan sebarang salah laku yang dilakukan oleh anggota polis, termasuk dirinya sendiri.

Menurut beliau, kepercayaan masyarakat kepada polis adalah penting dan harus dipertahankan.

“Lapor segera sekiranya terdapat mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh anggota dan pegawai PDRM, termasuk diri saya sendiri.

“Sekiranya saya sendiri langgar undang-undang atau mana-mana pegawai dan anggota PDRM yang didapati langgar peraturan terus lapor,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!