Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penjawat awam boleh menyemak kadar baharu gaji mereka pada minggu depan berikutan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim berkata, perincian mengenai mekanisme pelarasan gaji ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos ini.
MAPPA juga akan menyediakan perkhidmatan untuk membantu penjawat awam mengira kenaikan gaji mereka.
Kenaikan gaji ini akan berkuat kuasa pada 1 Disember dan penjawat awam akan menerima kadar gaji baharu pada penghujung bulan Disember.
SSPA ini terpakai kepada perkhidmatan awam Persekutuan, dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling mengenainya.
Bagi penjawat awam negeri serta Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, mereka juga akan menerima pakai SSPA ini jika diterima.
Sumber: Bernama via Harian Metro








