Founder syarikat umum 100,000 kakitangannya terima hadiah iPhone 16 Pro, Apple Watch Series 10 | The Reporter

Founder syarikat umum 100,000 kakitangannya terima hadiah iPhone 16 Pro, Apple Watch Series 10

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mediastorm, sebuah syarikat media berpangkalan di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China telah menarik perhatian pengguna media sosial setelah pengasasnya mengumumkan pemberian iPhone 16 Pro kepada lebih kurang 100 pekerjanya, termasuk pelatih (intern).

Pengasasnya, Tim Pan, mengumumkan pemberian itu melalui mesej dalaman kepada kakitangan.

“Tidak kira sama ada anda seorang pelatih atau pekerja baharu, selagi anda bersama syarikat ini, anda akan menerima satu iPhone 16.

“Syarikat juga akan menanggung sebarang cukai yang berkaitan, jangan risau,” katanya.

Selain pemberian iPhone baharu, Mediastorm turut memberikan Apple Watch Series 10 kepada kakitangannya.

Jurucakap syarikat mengesahkan pemberian tersebut selepas gambar tangkap layar mesej dalaman tersebar di media sosial.

Menariknya, ini bukan kali pertama Mediastorm memberikan iPhone kepada kakitangannya. Sebelum ini, mereka telah memberikan iPhone 14 Pro pada tahun 2022 dan iPhone 15 Pro pada tahun 2023.

Di platform Weibo, ramai pengguna mengakui cemburu sehingga sanggup bertanya bagaimana untuk memohon pekerjaan di Mediastorm. – Agensi

Related Posts