'Floating Market Melaka ni takkan bertahan lama' - Peniaga kecewa | The Reporter

‘Floating Market Melaka ni takkan bertahan lama’ – Peniaga kecewa

Floating Market Melaka takkan bertahan lama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang peniaga di Floating Market Melaka meluahkan kekecewaan apabila ramai peniaga lain tidak membuka kedai, menyebabkan suasana di lokasi itu semakin suram dan kurang menarik kedatangan pengunjung.

Dalam satu perkongsian video di TikTok semalam, peniaga dikenali sebagai Karina berkongsi rasa tidak puas hati terhadap sikap peniaga lain serta cara pihak pengurusan mengendalikan keadaan tersebut.

https://www.tiktok.com/@karinaknag/video/7466851783084641543
Peniaga lain pentingkan diri, pengurusan tidak berfungsi

“Mana peniaga lain? Kalau macam ni keadaannya, mana la orang nak datang. Tak ada kedai yang buka, hanya saya dan beberapa kedai lain saja yang buka.

“Kasihan peniaga yang hari-hari buka macam saya. Sudah bersuara dalam group, minta peniaga bagi kerjasama untuk buka tetapi kena marah. Tak nak berniaga, tak payahlah ambil harga pakej murah,” katanya.

Karina juga menyifatkan keadaan ini sebagai tidak adil kerana semua peniaga membayar sewa, tetapi hanya segelintir yang benar-benar beroperasi.

“Peniaga lain selfish, pengurusan pun macam ****. Semua orang bayar sewa tapi tak adil langsung. Saya boleh je buka kedai pada hujung minggu sebab peraturan dia memang kena buka setiap hari. Rugi wei sebab sale tak ada langsung dekat sini.”

“Kenapa peniaga lain tak buka? Pihak pengurusan tak ambil tindakan eh? Sepatutnya senaraihitamkan saja peniaga-peniaga yang degil tak nak buka kedai dan bagi peluang kepada orang lain. Tak perlu pun buat harga-harga pakej tu dan tolonglah bagi sewa yang affordable sikit!” tegasnya.

Dalam nada kecewa, Karina berpendapat tanpa perubahan dalam sistem pengurusan, Floating Market Melaka mungkin akan kehilangan daya tarikan dan tidak akan bertahan lama.

“Kalau macam inilah sistem pihak pengurusan, pelancong pun tak nak datang dah lepas ni. Memang tak lamalah tempat ni, sumpah aku cakap. Aku nak chow, tapi itulah.. fikir deposit tu. Hm..,” ujarnya.

Reaksi netizen

Luahan Karina itu turut mendapat perhatian ramai, dengan kebanyakan netizen berpandangan projek Floating Market Melaka berisiko menjadi satu lagi projek terbengkalai.

“Melaka ni kan, kebanyakan projek dia buat mesti jadi ‘gajah putih’. Tengok Pulau Melaka tu je lah sebagai contoh. Sedih tengoknya.”

“Awal-awal saya dah cakap, projek floating market tak akan bertahan lama sebab dari cara pengurusan, idea design, keselamatan semua bermasalah. Sekarang pengunjung semakin kurang, tak lama lagi bankrupt macam Pahlawan Street,” kata netizen.

‘Thailand buat, dia pun nak buat’
‘First and last pergi’
‘Tengok gelap je dari jauh’
Related Posts