Selebriti dan usahawan, Fizo Omar, tampil membidas tindakan segelintir netizen yang meninggalkan ulasan negatif dan memberikan rating serendah satu bintang terhadap restoran pertama milik pempengaruh terkenal Khairul Aming, meskipun premis berkenaan belum pun beroperasi.
Menurut Fizo, tindakan tersebut bukan sahaja tidak wajar malah boleh menjejaskan reputasi peniaga yang baru hendak memulakan operasi.
“Korang kan kalau takde benda baik nak buat, baik duduk diam. Korang sedar tak yang korang pergi rate kedai satu star sedangkan kedai tu belum buka lagi. Ape ke teruk perangai,” katanya.
Tambahnya, ramai netizen tidak sedar bahawa Google Review memainkan peranan penting dalam penilaian pengguna di seluruh dunia.
“Tahu ke yang Google Review ni sangat penting kepada peniaga sebab satu dunia boleh tengok,” jelasnya menerusi hantaran di Thread.

Baca juga:
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO
Terdahulu, Khairul Aming mengumumkan kejayaan beliau membangunkan restoran pertamanya, Rembayung, yang terletak di Kampung Baru. Projek tersebut merupakan pelaburan terbesar pernah dibuat olehnya.
“Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project,” katanya.
Walaupun pintu restoran itu masih belum dibuka kepada pelanggan, ruangan Google Review sudah dipenuhi rating negatif daripada individu yang dipercayai belum pernah mengunjungi premis tersebut.








