Filem 'Abang Adik' dipilih wakil Malaysia ke Oscar - The Reporter

Filem ‘Abang Adik’ dipilih wakil Malaysia ke Oscar

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memilih filem ‘Abang Adik’ mewakili negara bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97 pada Mac tahun depan.

Menerusi satu kenyataan, pemilihan filem berkenaan adalah hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS yang terdiri daripada barisan profesional bidang perfileman dan pematuhan syarat penyertaan Anugerah Akademi.

Filem terbitan More Entertainment Sdn.Bhd. dan diarahkan oleh Jin Ong itu telah merangkul 19 anugerah antarabangsa yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.

Antara pencapaian tertinggi filem ini adalah Anugerah Filem Terbaik, Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition Ke-22) dan Golden Mulberry, Black Dragon Critics Award serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali selain turut mendapat di Festival Filem Antarabangsa Fribourg ke-37, Switzerland dan Festival Filem First di China.

Filem ini juga mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.

Dalam pada itu, filem berkenaan juga telah mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi pada 2023.

Di Malaysia, filem ‘Abang Adik’ mencatat kutipan RM5.7 juta ketika ditayangkan pada Disember tahun lalu.

Abang Adik menceritakan kehidupan dua anak yatim piatu yang hidup tanpa dokumen di Pudu, Kuala Lumpur iaitu kawasan yang terkenal dengan pasar basah.

Sumber: FINAS Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!