Fazura mohon cerai secara baik dari Fattah - The Reporter

Fazura mohon cerai secara baik dari Fattah

Pelakon jelita, Nur Fazura, baru-baru ini memohon untuk bercerai secara baik daripada suaminya yang juga seorang pelakon, Fattah Amin.

Permohonan tersebut difailkan oleh Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari, pada Jumaat lalu.

Lapor Kosmo! Online, permohonan cerai ini dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Walau bagaimanapun, tarikh sebutan bagi permohonan cerai secara baik ini masih belum ditetapkan.

Ketika ini, tidak dapat dipastikan sama ada Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, telah melantik peguam syarie untuk mewakili dirinya dalam permohonan cerai ini.

Sementara itu, sumber memaklumkan peguam syarie yang mewakili Fazura kini berada di luar negara dan hanya akan membuat kenyataan apabila pulang ke tanah air nanti.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!