Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, secara rasmi mengumumkan pengundurannya daripada dunia lakonan drama televisyen tempatan selepas lebih dua dekad aktif dalam industri seni.
Fazura, 43, berkata keputusan besar itu dibuat selepas pertimbangan matang, terutama untuk memberi tumpuan penuh kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam tahun, selain mengambil kira komitmen masa yang panjang diperlukan dalam penggambaran drama bersiri.
“Buat masa ini, secara rasminya saya bersara daripada berlakon drama di semua stesen TV di Malaysia. Untuk filem, saya masih terbuka bergantung kepada projek dan fokus saya kini lebih kepada filem sama ada di Malaysia atau Indonesia,” katanya.
Baca juga:
- Fazura umum bersara dari drama TV, fokus pada anak
- Pelakon Kung Fu Hustle, Bruce Leung meninggal dunia pada usia 77 tahun
- ‘Siapa kita nak kata haram atau halal? – Fasha Sandha bidas pempengaruh TikTok
Fokus keluarga jadi keutamaan
Menurut Fazura, kekangan masa menjadi faktor utama kerana penggambaran drama memerlukan tempoh panjang, sedangkan anaknya sangat bergantung kepadanya dan mengalami kebimbangan apabila berjauhan terlalu lama.
“Fatima sangat rapat dengan saya. Jika saya keluar bekerja dalam tempoh panjang, dia akan mencari saya, malah ketika tidur pun dia menunggu saya pulang,” katanya, sambil menegaskan keputusan itu dibuat demi keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu.
Beliau turut menyerahkan sepenuhnya ketentuan masa depan kepada Yang Maha Esa, sambil mengakui kemungkinan perubahan tetap terbuka pada masa akan datang.
Masih terbuka dalam filem dan muzik
Fazura berkata pengundurannya hanya melibatkan drama televisyen, manakala tawaran filem masih dipertimbangkan berdasarkan kesesuaian projek. Dalam masa sama, beliau kekal aktif dalam bidang muzik di bawah naungan Universal Music Malaysia dan kini mengikuti kelas vokal bagi memperbaiki kemahiran nyanyian.
Pengumuman itu dibuat ketika beliau ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026, yang turut menyaksikan Fazura diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 jenama berkenaan.
Sumber: Berita Harian









