Kamal, Uqasha sah bercerai talak satu | The Reporter

Kamal, Uqasha sah bercerai talak satu

Kamal Adli dan Uqasha Senrose di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas sah bercerai talak satu
Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Rumah tangga pelakon popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, lafaz cerai dibuat oleh Kamal di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menasihati Kamal supaya melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat bagi mendamaikan pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan bahawa lafaz cerai tidak dilakukan ketika itu kerana Kamal masih berhasrat mempertahankan rumah tangga mereka.

Menurut beliau, mahkamah turut mensabitkan kewujudan shiqaq iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam perkahwinan pasangan selebriti tersebut.

Baca juga:

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.

Related Posts