Fattah Amin dilantik Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group | The Reporter

Fattah Amin dilantik Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group

Sumber Gambar: Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nama selebriti Fattah Amin semakin mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja sentiasa meniti di bibir peminat, malahan beberapa syarikat turut menjadikan Fattah sebagai tarikan terbaharu perniagaan mereka.

Baru-baru ini pula, jenama makanan terkenal Pak Mat Western telah menjemput Fattah dalam siaran secara langsung di media sosial. Semasa sesi berkenaan juga, direkodkan sebanyak 44 Juta tanda suka, 100 ribu tontonan dalam masa lima minit. Penangan Fattah juga dikatakan produk kambing perap pada malam itu habis terjual.

Terbaharu, menerusi hantaran Facebook Pak Mat Western, nama Fattah Amin sekali lagi mendapat perhatian apabila telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group.

“Selamat datang Abdul Fattah Mohd Amin.

“Tahniah Fattah Amin atas perlantikan sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western Group.

“Semoga beliau mampu untuk merancang dan melaksana pembangunan usahawan Pak Mat Western serta merangka strategi jualan yang relevan melalui media massa dan media sosial,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah di atas pelantikan Fattah yang disifatkan sebagai rezeki diatas segala kesabaran yang dilaluinya.

Related Posts