'Fatima belum faham' - Fattah Amin akui situasi kini berbeza bila jumpa anaknya | The Reporter

‘Fatima belum faham’ – Fattah Amin akui situasi kini berbeza bila jumpa anaknya

Sumber Gambar: Instagram Fattah Amin

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini selebriti Fattah Amin ada memuat naik gambar beserta video dia dan anaknya Fatima makan bersama dengan keluarganya.

Di ruangan komen pula, ramai yang mendoakan perkara-perkara yang baik buat Fattah dan Fatima.

Bagaimanapun, Fattah akui situasi pertemuan mereka berbeza berbanding sebelum ini.

“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.

“Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama.

“Sekarang saya lebih fokus kepada kerja dan Fatima sahaja, niat saya mahu mencari rezeki yang halal untuk dikongsi dengan keluarga,” katanya.

Katanya lagi, anak perempuannya yang berusia empat tahun itu dilihat mungkin tidak memahami situasi yang berlaku. Namun katanya dia berjanji akan sentiasa bersama Fatima.

“Saya tak rasa dia faham, sebab dia baru berusia empat tahun. Dia anak yang bijak, tapi kefahamannya tidak sama seperti kita orang dewasa. Mungkin benda itu ambil masa.

“Apa yang penting saya sebagai daddy dia, saya akan luangkan masa sebanyak mungkin bersamanya,” katanya.

Sumber: Kosmo

Related Posts