Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya mendedahkan sebab utama beliau jarang membuka mesej peribadi (DM) di media sosial adalah kerana sering menerima kiriman berunsur lucah serta tidak bermoral daripada individu tidak dikenali.
Pendedahan itu dibuat menerusi hantaran Instastory kira-kira dua jam lalu, di mana Farahdhiya memaparkan tangkap layar mesej yang diterimanya. Dalam mesej tersebut, individu berkenaan menulis kata-kata berbaur seksual terhadap dirinya dengan fokus kepada bahagian tubuh tertentu.

Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
“Kebanyakan mesej dari orang tak berotak”
Menurut Farahdhiya atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya binti Mohd Amin, mesej sebegini bukan perkara baharu dan beliau sudah lama berdepan situasi tidak menyenangkan itu. Justeru, beliau lebih memilih untuk tidak membuka DM secara kerap kerana mahu mengelakkan gangguan seumpama ini.
“Saya jarang nak bukak DM sebab paling utama? Inilah contoh dia. Most of the messages are from idiots and perverts.
“So please contact my manager berkenaan dengan hal-hal kerja, don’t DM coz saya jarang sangat check. Manusia zaman sekarang,” tulisnya.

Bukan artis pertama berdepan gangguan di DM
Isu mesej berunsur lucah dalam DM bukanlah perkara baharu dalam industri hiburan tempatan. Ramai selebriti sebelum ini turut berkongsi pengalaman menerima mesej pelik, lucah atau menjijikkan daripada individu yang tidak dikenali.
Walaupun ada yang memilih untuk mengabaikan mesej tersebut, sesetengah artis pernah mengambil tindakan dengan mendedahkan mesej berkenaan kepada umum sebagai peringatan kepada orang lain.
Sumber: Instagram Faradhiya








