Pelawak Shuk Sahar sekali lagi mencuri perhatian apabila isterinya, Fara Salleh, tampil membuat pendedahan di Instagram yang mendakwa suaminya enggan menyelesaikan urusan perceraian di Malaysia kerana bimbang dengan tuntutan nafkah.
Menurut Farah, walaupun lafaz cerai telah disebut, namun talak tersebut belum jatuh kerana dia masih dalam tempoh kehamilan. Jelasnya, talak hanya akan berkuat kuasa selepas dia melahirkan anak.
“Anyway, talak akan jatuh selepas aku bersalin,” tulis Farah dalam satu hantaran yang turut menyindir Shuk sebagai pengecut dan tidak bertanggungjawab terhadap nafkah anak.
- Ong Kian Ming gesa perwakilan DAP undi ‘Leave’ pada Kongres Khas
- BN tegaskan tiada apa disembunyikan berhubung laporan RCI Tabung Haji
- Pelajar MPI Kelantan rangkul empat emas di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa di China
- Wan Harriz harumkan nama Malaysia, muncul juara Hippo English di Qatar
- Keadaan kerusi Hentian Gua Musang cetus teguran pengguna
Farah turut mendakwa Shuk mahu menyelesaikan semua urusan perceraian di luar negara, dipercayai untuk mengelak daripada tuntutan nafkah secara sah di Malaysia. Dia juga mendakwa Shuk sudah lama culas dalam memberi nafkah dan kini cuba lari daripada tanggungjawab.


Lebih mengejutkan, Farah mendedahkan sejak awal kehamilan lagi, Shuk tidak senang dengan berita kandungannya. Malah, dia pernah menyuruh membuang alat ujian kehamilan kerana menganggapnya kotor. Lebih memilukan, Shuk juga didakwa pernah menggelar anak mereka sebagai ‘anak haram’ semasa berada di Paris.
Farah turut menyindir beberapa kenalan Shuk yang menurutnya menyokong tindakan pelawak itu, dan meminta mereka menyampaikan salam kepada keluarga mentuanya di Alma. Dia mendakwa Shuk tidak berani berdepan dengan keluarganya sendiri.
Setakat ini, Shuk masih belum memberi sebarang maklum balas terbuka mengenai dakwaan yang dibuat oleh isterinya itu.








