Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menzahirkan rasa pilu atas kejadian kematian seorang murid yang dilaporkan baru-baru ini, menyifatkan ia sebagai satu ujian berat buat seluruh warga pendidik.
Dalam satu kenyataan di Facebook, beliau berkata hatinya luluh melihat guru-guru yang berduka atas tragedi itu, namun menyeru mereka agar terus tabah menghadapi dugaan tersebut.
“Ketika jiwa kita runtuh berderai, kita harus kutip segera kepingan yang ada untuk dicantumkan menjadi sakti kembali,” katanya dengan penuh emosi.
Fadhlina menegaskan beliau bersama timbalannya akan mengambil tanggungjawab penuh bagi memastikan keselamatan di sekolah terus diperbaiki.
“Kami akan lakukan yang lebih baik. We will do better,” tegasnya.
Baca juga:
- Pendakwah tegur video tular pempengaruh review makanan
- Wanita warga emas maut dipercayai ditetak
- Muhammad Faris Johari dilantik Undang Luak Sungei Ujong baharu
Beliau turut memaklumkan reformasi keselamatan dan kesejahteraan di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.
“Ini bukan tanggungjawab KPM semata-mata, tetapi usaha bersama seluruh ekosistem pendidikan,” tambahnya.
Dalam nada penuh harapan, Fadhlina menyeru guru agar terus kuat semangat dan berpegang kepada mandat mendidik walaupun diuji dengan kesedihan.
“Tunai tetap kami tunaikan,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa dan PIBG atas sokongan yang berterusan, khususnya dalam membantu sekolah menstabilkan semangat dan kesejahteraan murid.
“Hasbunallah wa ni’mal wakeel,” tulisnya mengakhiri kenyataan penuh emosi itu.
Sumber: Facebook Fadhlina Sidek








