Tak mahu tarik balik, serah siasatan kepada polis
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari enggan memohon maaf meskipun dikritik ramai berhubung karikatur yang dilihat menyindir peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rundingan damai Thailand-Kemboja.
“Saya serahkan kepada polis sebab sudah ada laporan. Saya tidak berhasrat minta maaf,” katanya ringkas kepada Free Malaysia Today. Beliau turut memadam hantaran tersebut selepas dikecam netizen.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR
- Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor
Tindakan Fadhli memalukan negara – Pemuda PKR
Terdahulu, Ketua Pemuda PKR, Muhammad Kamil Abdul Munim mendesak Fadhli memohon maaf kepada rakyat Thailand dan Kemboja. Katanya, karikatur yang menggambarkan kambing dan biri-biri berebut pisang dengan monyet sebagai hakim itu memperlekeh usaha Anwar dalam menyatukan dua negara yang sedang berperang.
“Tindakan itu tidak patriotik dan memalukan negara,” tegas Kamil. Beberapa Ahli Parlimen PH turut membuat laporan polis terhadap Fadhli di IPD Dang Wangi.
Semalam, Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025 menjadi hos dan saksi kepada rundingan damai bersejarah yang menyaksikan Kemboja dan Thailand bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta.
Sumber: Free Malaysia Today








