Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta semua jawatan berkaitan kerajaan berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dimaklumkan secara rasmi dalam pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS pada 21 April 2026.
Susulan itu juga, Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Tertinggi (AMET) United Sabah National Organisation (USNO) pada 22 April 2026 sebulat suara bersetuju untuk keluar daripada gabungan berkenaan.
Baca juga:
- Pegawai pertanian Terengganu tersenarai 100 wanita hebat FAO
- Penunggang motosikal magsa nahas BYD masih di HKL, keluarga bimbang pendapatan terjejas
- JAIS sahkan dua individu ditahan kes khalwat babitkan figura awam
Menurut kenyataan, langkah tersebut dibuat susulan ketiadaan keserasian dalam aspek pentadbiran serta dasar kerajaan, khususnya selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 (PRU-DU ke-17).
Dalam masa sama, USNO menegaskan akan kekal sebagai parti politik yang berteraskan perjuangan pribumi tempatan Sabah serta komited memainkan peranan semak dan imbang dalam landskap politik negeri.
USNO turut merakamkan penghargaan kepada Hajiji serta semua rakan komponen GRS atas kerjasama yang terjalin sebelum ini, sambil menegaskan komitmen berterusan untuk memperjuangkan nasib rakyat yang terpinggir di Sabah.








