Pelakon dan pelawak, Fad Bocey kini secara rasmi diumumkan sebagai penyampai radio Suria FM, berganding dengan rakan seangkatannya, Ajak Shiro menerusi segmen pagi, Morning-Morning Suria.
Memetik laporan mStar, segmen tersebut akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 6 pagi hingga 10 pagi, dan dijangka mampu menyuntik elemen segar serta hiburan semula jadi yang dinantikan para pendengar.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fad meluahkan rasa syukur dan teruja kerana akhirnya dapat bersatu bersama Ajak sebagai penyampai radio.
“Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, dari pentas akhirnya dapat aku bersatu dengan sahabat aku ni, si Ajak Shiro sebagai penyampai radio. Dulu 2011 kami berdua pernah berangan-angan. Mari kita kayuh bersama, Ajak,” tulisnya.
Baca juga:
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Roy Azman anggap filem Konspirasi pengalaman bermakna
- Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa
Untuk rekod, Fad sebelum ini pernah bertugas sebagai penyampai di Hot FM, mengendalikan segmen Hot Squad bersama Fizi Ali, sebelum mengundurkan diri selepas hampir dua tahun berkhidmat.
Beliau juga pernah menjadi penyampai radio jemputan di Suria FM pada tahun 2023.
Dalam pada itu, pihak Suria FM turut memaklumkan Kai Hassan kembali bertugas di segmen Suria Petang bersama Chiwan, yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 3 petang hingga 7 malam.








