Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan notis niat untuk menggantung lesen ERA FM susulan kontroversi membabitkan kandungan yang didakwa menghina agama Hindu.
Lesen stesen radio itu dipegang oleh syarikat induknya, dan mereka diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan jawapan sebelum sebarang keputusan diambil.
Dalam satu kenyataan, MCMC turut mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung video tular yang dikatakan memperlekehkan agama Hindu akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya pada Rabu (5 Mac).
- Ong Kian Ming gesa perwakilan DAP undi ‘Leave’ pada Kongres Khas
- BN tegaskan tiada apa disembunyikan berhubung laporan RCI Tabung Haji
- Pelajar MPI Kelantan rangkul empat emas di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa di China
- Wan Harriz harumkan nama Malaysia, muncul juara Hippo English di Qatar
- Keadaan kerusi Hentian Gua Musang cetus teguran pengguna
Video berkenaan, yang dimuat naik di akaun TikTok rasmi ERA FM, telah mencetuskan reaksi negatif di media sosial sejak Selasa (4 Mac).
Sehubungan itu, MCMC telah memanggil pihak pengurusan tertinggi Astro bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sumber turut mengesahkan bahawa enam individu, termasuk tiga penyampai ERA FM, telah hadir ke Bukit Aman pada Rabu (5 Mac) bagi memberikan keterangan.
Sumber: Bernama/The Star








