SUKOHARJO, INDONESIA – Seorang pelajar pondok telah meninggal dunia akibat dibelasah kerana enggan memberi rokok kepada pelajar senior.
Ketua Polis Daerah Sukoharjo, Sigit berkata, mangsa berusia 13 tahun dibelasah seorang pelajar senior berusia 15 tahun pada Isnin, 16 September, jam 11 pagi.
Berdasarkan siasatan, suspek terdahulu berjalan di lorong pondok dan terhidu bau rokok dari bilik berdekatan. Suspek kemudian meminta rokok daripada mangsa, tetapi tidak diberi.
Suspek meminta rokok dari rakan mangsa dan diberi dua batang rokok. Disebabkan masih bengang dengan mangsa, suspek secara tiba-tiba menendang dan memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri.
Sigit menegaskan kejadian itu tiada kaitan dengan kes buli. Siasatan lanjut mendapati, seorang lelaki warga emas turut terlibat dalam kejadian itu.
Mayat mangsa dihantar ke unit forensik di hospital berdekatan untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang dan hukuman penjara 15 tahun. – Agensi