Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Susulan isu tular rakaman video seekor lipas berada di rak pameran makanan di sebuah premis Empire Sushi cawangan Sunway Pyramid, satu kenyataan permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak Empire Shushi.
Cawangan tersebut katanya telah ditutup buat sementara bagi kerja-kerja pembersihan.
“Kami ingin memohon maaf atas kejadian yang berlaku baru-baru ini di cawangan Sunway Pyramid. Kesejahteraan dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan utama kami.
“Kami telah menutup kedai kami hari ini (semalam) untuk menjalankan pembersihan menyeluruh serta rawatan kawalan perosak yang khusus bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan yang tertinggi.
“Kami komited sepenuhnya untuk menyelesaikan isu ini dan akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk mencegah sebarang kejadian serupa pada masa hadapan,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan, beberapa makanan dari ruang rak pameran itu telah dibuang ke dalam tong sampah dan dirakamkan kerja-kerja pembersihan di ruang rak pameran, peralatan dan juga di dalam premis.
Susulan itu, ramai yang memuji tindakan pantas premis berkenaan yang segera membuat kerja-kerja pembersihan.