Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengguna Thread, Farah Yusman, mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan selepas akaun TikTok miliknya digodam dan digunakan untuk membuat pembelian bernilai hampir RM3,500 di TikTok Shop.
Menurut Farah, dia menyedari perkara itu apabila menyemak akaun bank dan mendapati sejumlah besar wang telah dikeluarkan tanpa kebenaran.
Langsung tiada tindakan
Farah segera menghubungi pihak bank dalam tempoh satu jam selepas transaksi dibuat, namun dimaklumkan bahawa tempoh penyiasatan mungkin mengambil masa sehingga 60 hari dan belum ada jaminan wang tersebut akan dikembalikan.
Dia juga telah menghubungi pihak ATOME, tetapi diarahkan untuk menghubungi TikTok Shop sebagai pihak penjual. Malangnya, pihak TikTok Shop masih belum memberi sebarang maklum balas.
“RM3,500 tu mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang, tapi ia jumlah yang besar bagi saya, lebih-lebih lagi dengan anak nak masuk sekolah.
“Sebenarnya saya tak sedar pun akaun ATOME saya digunakan sehinggalah rakan saya beritahu, ‘Weh, kawan aku kena hack, tiba-tiba ada orang guna akaun ATOME dia beli barang RM3,000’.
“Kemuidan, barulah saya periksa akaun saya.Sepanjang malam saya menangis, langsung tak ada tindakan dari mana-mana pihak,” luah Farah kecewa.
Penggodam buat kerja ketika mangsa tidur
Beberapa netizen turut tampil berkongsi pengalaman mereka. Ryn Mohd, juga menjadi mangsa penipuan selepas akaun TikTok Shop yang dihubungkan dengan akaun e-wallet telah digodam ketika dia sedang tidur. Walaupun dia berjaya mendapatkan kembali wangnya melalui laporan transaksi tidak sah, akaun TikToknya tetap tidak dapat dipulihkan.
“Saya pun kena juga sebab link TikTok Shop dengan TNG. Bangun Subuh, tengok banyak notifikasi SMS masuk dan check duit dalam akaun bank tinggal RM2. Terus saya call bank dan beritahu semua transaksi itu bukan dilakukan oleh saya. Alhamdulillah dapat balik duit, tetapi akaun TikTok tak dapat balik,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Fara Hanis, turut mengalami kerugian lebih RM2,000 setelah akaunnya digodam pada waktu malam tanpa sebarang amaran.
“TikTok langsung tak boleh log masuk, dan pihak Atome serta bank cuma nak siasat. Tapi paling teruk sekali, TikTok tiada langsung respons untuk isu ini,” keluhnya.