'Emosi dia sangat terganggu dengan kata-kata masyarakat' | The Reporter

‘Emosi dia sangat terganggu dengan kata-kata masyarakat’

Sumber Gambar: Astro Awani

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Abang ipar kepada suspek pembunuhan Nur Farah Kartini meminta masyarakat hentikan spekulasi dengan kes berkenaan.

Katanya, adik perempuannya itu yang merupakan isteri kepada suspek sangat terganggu emosi sehinggakan tidak boleh bekerja.

“Emosi isteri dia sangat terganggu dengan kata-kata masyarakat, dia menangis sampai tidak boleh bekerja jadi harap orang ramai faham. Tolonglah bantu adik saya, biar polis sahaja yang siasat,” katanya.

Ujarnya lagi, adiknya yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu sangat memerlukan semangat dan sokongan bagi menghadapi ujian tersebut.

“Keadaan emosi adik (isteri suspek) sekarang ini sangat terganggu, memang tidak stabil kerana sebagai isteri dia sendiri pun sukar untuk percaya apa yang terjadi kerana sejak mereka berkahwin lima tahun lalu suaminya baik dan suka membantu orang.

“Saya sebagai abang hanya mampu bagi semangat. Orang luar tidak berada di tempat kami, tak tahu bagaimana sakitnya emosi kami. Sebaiknya berilah sokongan kepada ahli keluarga, biarlah polis yang melakukan siasatan,” katanya.

Kongsi lelaki berkenaan, adiknya tidak boleh ditinggalkan bersendirian dan perlu ditemani ahli keluarga sepanjang masa.

“Pegawai kaunseling meminta kami untuk sentiasa berada disamping adik kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

“Kami juga perlu memastikan dia menjauhi platform media sosial bagi mengelakkan keadaan mental dan emosinya bertambah buruk apabila membaca pelbagai andaian netizen berkaitan kes ini,” katanya.

Sumber: Kosmo

Related Posts