'Emak rindu Abang Bas' - Kakak luah rasa sedih - The Reporter

‘Emak rindu Abang Bas’ – Kakak luah rasa sedih

Kakak kepada ‘Abang Bas’ yang didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak, tampil memaklumkan ibu mereka merindu anak lelakinya itu.

“Emak rindu abang bas. Beberapa hari ni takde dah abang bas nak gomol-gomol emak, baring dalam bilik emak, sembang-sembang sambil selongkar-selongkar bilik emak.

“Mana tak kena di mata, dia suruh emak cepat-cepat buang. Katanya buat sampah je dalam bilik,” kata Zarina Sari menerusi luahan yang dimuat naik di Facebooknya, tengah hari Selasa.

Menurut Zarina, adiknya adalah anak lelaki bongsu yang terpaling manja dalam keluarga. Malah adiknya juga amat menyayangi anak-anak saudaranya.

“Abang bas pakcik terpaling sayang anak-anak buah dia. Dari anak buah yang sulung sekarang dah meningkat remaja 19 tahun pun masih boleh bergurau, berkejar satu rumah. Inikan pula anak buah berumur empat tahun,” ujarnya.

Dalam luahan tersebut, Zarina berharap urusan adiknya itu dipermudahkan dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat adiknya itu.

Terdahulu, Abang Bas dilaporkan menangis ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Tertuduh berusia 24 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!