Elegan dan tradisional, pakaian pramugari MAS dipilih antara 10 terbaik di dunia | The Reporter

Elegan dan tradisional, pakaian pramugari MAS dipilih antara 10 terbaik di dunia

Sumber Gambar: FB Malaysia Airlines

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pakaian pramugari Malaysia Airlines berada dalam kelompok 10 pakaian seragam terbaik di dunia. Rekaan yang diinspirasikan oleh budaya tradisional Malaysia dan kombinasi warna biru putih itu dipilih menduduki tangga kelapan.

Menerusi hantaran dari seasia.stats itu, senarai 10 pakaian terbaik ini berdasarkan dari tinjauan yang melibatkan lebih daripada 1,000 anak kapal.

Hainan Airlines menduduki tempat pertama dengan pakaian seragam yang elegan dan sofistikated. Reka bentuknya diinspirasikan oleh estetika tradisional Cina dengan gabungan warna biru dan putih yang menawan.

Etihad Airways pula berada di tempat kedua dengan seragam yang bergaya dan moden. Reka bentuknya mencerminkan gabungan pelbagai budaya, menggunakan warna ungu dan emas yang menyerlah.

Vietnam Airlines meraih tempat ketiga dengan seragam tradisional dan elegan. Rekaan ini mengambil inspirasi daripada budaya Vietnam, menggunakan gabungan warna merah dan kuning yang menarik.

Emirates menduduki tempat keempat dengan seragam klasik dan sofistikated. Reka bentuknya abadi dan elegan, menampilkan kombinasi warna beige dan merah.

“Delta Air Lines berada di tempat kelima dengan seragam yang sofistikated dan praktikal. Reka bentuknya moden dan bergaya, menggunakan warna biru navy dan merah.

“Turkish Airlines menduduki tempat keenam dengan seragam yang bergaya dan moden. Rekaannya diinspirasikan oleh keindahan kota Istanbul, dengan kombinasi warna merah dan putih.

“Virgin Atlantic berada di tempat ketujuh dengan seragam yang berani dan penuh warna. Reka bentuknya menarik perhatian dan bergaya, menggunakan gabungan warna merah dan putih,” tulis seasia.stats.

Hawaiian Airlines meraih tempat kesembilan manakala Alaska Airlines berada di tempat kesepuluh dengan keunikan pakaian seragam masing-masing.

“Reka bentuk Hawaiian Airlines mendapat ilham daripada keindahan kepulauan Hawaii, menggunakan gabungan warna biru dan putih.

“Alaska Airlines pula berada di tempat kesepuluh dengan seragam yang mesra alam dan elegan. Rekaan ini diperbuat daripada bahan lestari, menggunakan kombinasi warna biru dan hijau,” katanya.

Related Posts