EcoWorld Umum Sumber Pendapatan Perindustrian Baru Dengan QUANTUM - The Reporter

EcoWorld Umum Sumber Pendapatan Perindustrian Baru Dengan QUANTUM

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


EcoWorld umum sumber pendapatan perindustrian terbaru QUANTUM yang akan menyertai empat lagi cabang lain iaitu Eco Townships, Eco Rise, Eco Hubs, dan Eco Business Parks.

Majlis pengumuman telah berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur, Bukit Bintang City Centre dan dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia, Dato Chang Khim Wah dalam ucapan berkongsi keterujaan dalam memperkenalkan QUANTUM sebagai cabang terbaru pasaran.

Cabang terbaru ini bertujuan menyampaikan projek dan produk yang dapat memenuhi keperluan dan aspirasi khusus dalam pasaran kini.

QUANTUM turut bertujuan untuk mewujudkan ekosistem baru yang mempercepatkan pertumbuhan industri digital, teknologi tinggi, pertumbuhan tinggi dan memberi nilai tambah yang tinggi.

Ini bagi memastikan perniagaan EcoWorld dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia serta mengekalkan posisi mereka sebagai antara pemain industri di barisan hadapan.

Dalam pada itu, Eco Business Park telah berjaya menarik perhatian pemimpin pasaran global yang beroperasi dalam arena teknologi tinggi dan hasil digita daripada kemudahan industri moden dalam persekitaran selamat, bersih dan hijau yang ditawarkan.

Haiti Group dari China dan syarikat gergasi teknologi global, Microsoft telah menjadi antara pelanggan baru yang memilih EcoWorld Malaysia dalam mengembangkan operasi mereka di Malaysia.

Permintaan berterusan daripada kumpulan pelanggan berteknologi tinggi dan digital memberi inspirasi kepada EcoWorld untuk hadir dengan konsep QUANTUM bagi meluaskan dan mendalami pasaran perindustrian digital dan teknologi tinggi.

Menunjukan komitmen mereka dalam mengembangkan cabang ini, Eco Business Park VT di Kulai, Iskandar Malaysia akan dinamakan semula menjadi QUANTUM sebagai wakil perniagaan pertama di bawah cabang baru ini.

Dengan keluasan 403.78 ekar secara keseluruhan, ia akan menjadi salah satu hab digital dan teknologi tinggi terbesar oleh pemaju swasta di Malaysia.

Selain itu, QUANTUM juga akan menawarkan persekitaran bersih dan hijau yang sangat kondusif, dengan infrastruktur serta ketersambungan yang teguh untuk menyokong keperluan pemain digital dan teknologi tinggi yang lain.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!