Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahmad, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan hak penjagaan tetap tiga anak mereka.
Menurut Dr Fie, beliau berterima kasih kepada Nubhan atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses tuntutan hadanah.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan amat gembira. Keutamaan saya tetap pada anak. Selama ini pun kes ini hanya melalui perbincangan antara peguam,” katanya.
Peguam syarie mewakili Dr Fie, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, Dr Fie layak untuk mendapatkan hak penjagaan anak memandangkan Dr Fie sendiri mempunyai kerjaya yang baik.
“Pada pandangan saya, pihak ibu pun mempunyai kerjaya yang baik dan semestinya layak untuk penjagaan anak. Mungkin pandangan itu diambil kira,” katanya.
Baca juga:
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO
Menurutnya, pihak bapa pula sering keluar bekerja, dan tiada sebarang kekurangan di pihak ibu yang boleh menjejaskan hak penjagaan.
Sebelum ini, pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim terhadap tiga anak, Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayillle, 3 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selain permohonan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk di Mahkamah Syariah Sepang.
Pasangan itu berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Berita Harian








