Dr Dzulkefly sahkan Tok Mat akan dikenakan kompaun kesalahan merokok di kedai makan | The Reporter

Dr Dzulkefly sahkan Tok Mat akan dikenakan kompaun kesalahan merokok di kedai makan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan mengenakan tindakan ke atas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan atas kesalahan merokok di sebuah premis makanan seperti yang tular di media sosial.

Penyerahan notis dan kompaun ujarnya akan telah dimaklumkan kepada pejabat menteri berkenaan.

Dalam hantaran di akaun X itu, Dr Zulkefly juga menyatakan Ahli Parlimen Rembau itu sendiri yang meminta KKM mengenakan tindakan tersebut.

https://twitter.com/DrDzul/status/1869178279690911824

“Hari ini pegawai diberikuasa dari PKD Seremban akan berjumpa YBM Tok Mat untuk notis kesalahan dan diberikan kompaun. Pejabat YBM telah pun maklum.

“Jujurnya, YBM DS Mohamad Hassan sendiri minta KKM isukan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” katanya.

Terdahulu, tular gambar yang menunjukkan Mohamad Hasan menghisap rokok di sebuah premis yang terletak di Seremban.

Susulan itu juga, ramai yang meminta KKM mengambil tindakan yang sewajarnya atas kesalahan tersebut yang telah dikuatkuasakan pada Oktober lalu.

Related Posts