Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menolak surat peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bagi memastikan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan lancar.
Memetik laporan Berita Harian, Ab Rauf berkata keputusan itu dibuat setelah ADUN Merlimau itu mengemukakan surat peletakan jawatan sejurus selepas membuat pengumuman.
“Saya membuat keputusan menolak peletakan jawatan tersebut supaya beliau dapat meneruskan tugas sebagai EXCO kerajaan negeri. Hak untuk menerima atau menolak peletakan jawatan adalah hak Ketua Menteri,” ujarnya.
Baca juga:
- Tun Mahathir, Siti Hasmah cipta rekod ASEAN dan Asia
- Warga emas maut disambar buaya ketika cari siput, anak saksikan detik tragis
- ‘Hampir 99% ke Mekah’- MP Langkawi dedah kisah pemilihan parti ketika bahas RCI TH
Terdahulu, Dr Akmal, mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO ketika Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, atas dasar tanggungjawab, prinsip, dan maruah, selaras dengan tuntutan akar umbi agar UMNO tidak lagi bekerjasama dengan DAP.
Sebelum ini, Ab Rauf dilaporkan berkata beliau tidak dapat membuat keputusan segera mengenai permohonan Dr Akmal kerana kerajaan negeri perlu merujuk dan berbincang terlebih dahulu dengan Yang di-Pertua Negeri, Mohd Ali Mohd Rustam.








