Dituduh buat kerja part time layan customer dengan bayaran RM200 sejam, Baby Shima akan saman pemfitnah | The Reporter

Dituduh buat kerja part time layan customer dengan bayaran RM200 sejam, Baby Shima akan saman pemfitnah

Baby Shima akan memfailkan saman terhadap beberapa individu yang dikesan memfitnahnya berhubung kehadirannya di kelab malam Johor Bahru

Penyanyi Baby Shima kesal dengan tindakan beberapa individu yang tergamak memlempar tuduhan berbaur fitnah terhadapnya di media sosial.

Baby Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 31, berkata setiap tuduhan itu adalah tidak berasas dan dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Berdasarkan perkongsian gambar tangkap layar, individu terbabit menuduh Shima membuat ‘kerja part time’ dengan bayaran RM200 sejam. Malah mereka menuduh Shima menipu kononnya buat konsert tetapi buat ‘kerja tepi’.

Tidak kurang juga yang menuduh Shima minum arak sehingga mabuk. Lebih teruk lagi ada yang cuba menimbulkan persepsi berniat jahat dengan menuduh Shima perempuan simpanan lelaki berstatus Dato’.

“Saya memandang serius tuduhan demi tuduhan yang melampau, tidak berasas dan berunsur fitnah yang dilemparkan terhadap saya melalui pelbagai peranti media sosial sedia ada.

“Sedangkan saya datang (ke Johor Bahru) hanya untuk membuat persembahan sahaja, bukan seperti apa yang difitnah (melayan atau dikelilingi customer),” tegasnya.

Menurut Shima, poster yang memaklumkan dia akan mengadakan persembahan di lokasi itu juga telah disiarkan beberapa hari sebelum persembahan diadakan.

Terkesan dengan fitnah itu, Shima kini sedang merujuk peguamnya, tindakan dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKKM) juga akan menyusul.

Sumber: Instagram Baby Shima

Related Posts