Disney sedang siapkan skrip 'Pirates of the Caribbean' untuk kembalikan Johnny Depp - The Reporter

Disney sedang siapkan skrip ‘Pirates of the Caribbean’ untuk kembalikan Johnny Depp

Skrip Pirates of the Caribbean Johnny Depp

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Johnny Depp yang sebelum ini digugurkan daripada francais “Pirates of the Caribbean” selepas tuduhan keganasan rumah tangga terhadapnya oleh bekas isterinya, Amber Heard, kini dilaporkan berkemungkinan akan kembali memegang watak ikoniknya, Kapten Jack Sparrow.

Menurut sumber, Disney kini dalam fasa membangunkan filem keenam untuk francais tersebut, dan nama Depp kembali dibincangkan di studio.

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada Disney, sumber melaporkan dua skrip sedang diusahakan – satu yang menampilkan Jack Sparrow dan satu lagi tanpa wataknya.

Penerbit francais, Jerry Bruckheimer, juga menyatakan kesediaannya menghadapi apa sahaja kemungkinan. Salah satu sumber berkata, “Tiada apa-apa yang dikecualikan” berkenaan masa depan Depp dalam francais ini.

Selain itu, spin-off lain yang diketuai Margot Robbie turut dalam perancangan. Namun, plot penuh filem baharu ini masih dirahsiakan, membuatkan peminat tertanya-tanya tentang arah tuju francais ini tanpa Jack Sparrow.

Persoalan utama ialah sama ada Depp sendiri bersedia untuk kembali, walaupun ditawarkan peluang baharu. Di mahkamah sebelum ini, Depp pernah menegaskan beliau tidak akan kembali ke francais tersebut selepas hubungannya dengan Disney terjejas akibat artikel Heard. Namun, laporan baru-baru ini menyebut Depp mungkin telah mengubah pendiriannya.

Francais “Pirates of the Caribbean” telah menjana pendapatan $4.53 bilion dengan lima filemnya, menjadikannya salah satu kejayaan besar Disney. Namun, situasi peribadi Depp memaksa studio mempertimbangkan pendekatan baharu, termasuk menggantikan watak utama. Malah, nama Austin Butler pernah disebut sebagai calon pengganti, tetapi reaksi peminat terhadap khabar angin ini kurang memberangsangkan.

Menurut Bruckheimer, filem baharu ini akan menjadi reboot yang menghormati legasi francais sambil membawa idea baharu. Namun, status penglibatan Depp masih belum jelas.

Adakah Disney kini menyesali keputusan mereka sebelum ini? – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!