Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Terdahulu, adik Datuk Farid Kamil, Fadzil Bahari Zahari, 34, berkata dia tidak menolak kemungkinan abangnya mengalami tekanan perasaan kerana sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya sehingga terpaksa mengambil ganja.
Diana juga tidak pernah mengeluarkan arahan melarang Farid mendekati anak mereka.
“Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu. Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya, iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” katanya.
Apabila ditanya mengenai penjagaan anak mereka, Diana enggan mengulas lanjut kerana soalan itu dikatakan tiada kena mengena dengan kes suaminya.
Dalam perkembangan terbaru, tersebar video Bigo Live Farid bersama dengan Sofi Jikan yang sedang berkongsi mengenai filem-filem dan drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Difahamkan, video berkenaan dirakam beberapa jam sebelum kejadian Farid ditahan kerana menampar anggota polis serta menendang dua orang awam.
BERITA BERKAITAN:
- Pelakon bergelar ‘Datuk’ tampar anggota polis trafik, ditahan
- ‘Beri kami ruang untuk selesaikan perkara ini dulu’ – Datin Diana Danielle
- Positif dadah jenis ganja
- ‘Dia mulai berkelakuan aneh dan tiba-tiba lempang saya’
- ‘Berhenti kecam Farid Kamil, tunggu dia keluar dan beri keterangan’ – Sofi Jikan
- Farid direman 4 hari










