Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Orang dulu-dulu selalu berkata, untuk mengetahui kebaikan seseorang, dengarlah apa yang orang lain katakan tentang dirinya. Ini kerana, kata-kata orang lain seringkali mencerminkan tindakan dan perlakuan sebenar individu tersebut dalam kehidupan seharian.
Pendapat orang lain mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang sifat dan nilai seseorang, sekaligus membantu kita membuat penilaian yang lebih tepat.
Dalam kes perceraian pasangan selebriti semalam, Fazura mendedahkan Fattah Amin berlaku curang terhadapnya dan itu menjadi salah satu punca mengapa dia nekad menuntut perceraian. Namun, Fattah tampil menafikan tuduhan bekas isterinya itu.
Ramai yang terkejut dengan tuduhan itu dan mempersoalkan tindakan Fazura mendedahkan aib rumah tangganya kepada umum, sedangkan perjanjian telah dibuat untuk tidak mendedahkan aib masing-masing selepas bercerai.
Rakan artis, Keena Wahab, turut berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Fattah suatu ketika dahulu.
“Fattah yang saya kenal selama bekerja dengan dia, dia seorang pendiam. Dekat set, dia buat hal dia sahaja, makan bersama krew dan bukan kaki ‘merewang’, bukan kaki ‘perempuan’. Masakan dia nak berlaku curang? Pemalu budak Fattah ni. Orangnya tak lokek, selalu belanja krew.
“Selepas habis beberapa drama, dia sibuk menjadi brand ambassador. Bukan jenis bermain cinta. Peminat wanita punyalah ramai, tetapi dia bukan jenis ‘melayan’. Jadi, kamu percaya dia curang?
“Dia sangat menghormati orang dan berasal dari keluarga baik-baik, bukan jenis bercerita tentang hal orang di set. Tak pernah di biir mengumpat hal orang lain. Kamu nilailah Fattah ini macam mana.
“Saya panggil dia budak skema sebab dia menunduk apabila berjumpa dengan orang, salam dan menghormati orang. Penuh dengan senyuman. Bagus ajaran mak bapak dalam mendidiknya,” katanya yang turut mendoakan Fattah tidak patah semangat dan meneruskan kerjaya dalam bidang seni.








