‘Dia (Lans Koperal) datang sergah, minta kad kuasa saya di depan orang awam’ - Inspektor Sheila Sharon tampil pertahankan diri - The Reporter

‘Dia (Lans Koperal) datang sergah, minta kad kuasa saya di depan orang awam’ – Inspektor Sheila Sharon tampil pertahankan diri

Inspektor Sheila Sharon dalam audio klip yang tular mendakwa Lans Koperal itu menjadi punca dia bengang kerana memalukannya di depan orang.

Pegawai polis yang didakwa menengking anggota bawahan, Inspektor Sheila Sharon, 27, menafikan dakwaan yang sedang tular kononnya dia bersikap biadab. Sebaliknya, anggota terbabit yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Video itu viral separuh, ramai tak tahu cerita sepenuhnya. Kalau nak tahu perangai saya dengan anak buah macam mana, saya memang melayan mereka seperti keluarga,” katanya memetik laporan Harian Metro yang memetik rakaman audio milik Sheila yang sedang tular.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Sheila memaklumkan dia dari Bukit Aman datang ke lokasi Taman Sri Gombak untuk berbincang mengenai satu isu dengan dua pihak berkenaan. Sheila turut memanggil anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk mendapatkan bantuan.

“Selepas itu, ada seorang pguam turut memanggil anggota dari IPD sama. Jadi ada dua motosikal daripada unit rondaan bermotosikal (URB).

“Secara tiba-tiba, seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Arif datang dan sergah ketika perbincangan sedang berlangsung.

“Anggota itu tidak bertanya apa urusan saya dan menimbulkan kekecohan. Dia minta saya diam dan tidak bertanya saya dari mana dan apa urusan saya.

“Kemudian cara dia meminta kad kuasa saya di hadapan orang awam amat mengguris, bila dia minta saya bagi kad pengenalan sebagai bukti saya pegawai polis,” katanya.

Bagi Sheila, sekiranya Lans Koperal Arif meminta secara baik, sudah tentunya dia akan memberikan kerjasama. Malangnya, ia tidak berlaku.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!