'Dia dah tempah tapi belum bayar' - Zainal Abidin dedah lagu Puteri pernah jadi rebutan dengan Celine Dion - The Reporter

‘Dia dah tempah tapi belum bayar’ – Zainal Abidin dedah lagu Puteri pernah jadi rebutan dengan Celine Dion

Lagu berjudul Puteri nyanyian Datuk Zainal Abidin terkesan di hati para pendengar muzik tempatan apatah lagi lagu tersebut seolah memberi makna sebuah kehilangan.

Tetapi, tidak disangka lagu tersebut pernah menjadi rebutan penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion.

Zainal dalam satu wawancara mendedahkan bahawa lagu Puteri telah mendapat perhatian Celine Dion namun dia dan pihak syarikat rakaman terlebih dahulu membayar untuk memiliki hak lagu tersebut.

“Lagu ini sebenarnya dah pun dibeli dan ditempah tapi belum dibayar oleh Celine Dion. Dalam Bahasa Inggeris lagu ini berjudul Heart Don’t Lie.

“Lagu ini sudah berada di rak-rak mereka, sudah ditempah oleh Celine Dion tetapi tidak dibayar. Maka saya dan pihak Warner Music Malaysia bayar lagu itu dan dijadikan lagu Puteri yang saya nyanyikan,” katanya.

Berlaku sedikit pertengkaran

Situasi tersebut katanya menyebabkan berlakunya sedikit pertengkaran antara mereka.

“Apabila saya rakamkan lagu tersebut dan didengar oleh Celine Dion, dia marah. Dia telefon saya dari Kanada secara terus mengatakan bahawa dia ingin mengambil kembali lagu itu. Jadi pertengkaran kecil berlaku. Saya kata ‘ini bukan lagu awak lagi, ianya telah dibayar dan menjadi hak Warner Music Malaysia’.

“Maka sudah tiada masalah dengan Celine Dion, kami berkawan, sekali sekala kami hantar mesej tanya khabar antara satu sama lain.

Tidak dapat dipertandingkan

Bagaimanapun, lagu Puteri tidak dapat memasuki mana-mana pertandingan muzik dalam negara berikutan pencipta asal lagu itu bukan dari Malaysia.

“Lirik saya sudah lupa siapa yang terjemah tetapi lagu itu tidak boleh dipertandingkan kerana penulis, penggubah dan pemilik asal lagu bukan rakyat Malaysia.

“Saya rasa lagu itu memiliki tarikan tersendiri dari segi melodinya dan lirik yang baru, ia sangat tepat dengan pasaran Malaysia,”katanya.

Sumber: Selebriti Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!