‘Dia dah beribu kali menipu, curang dengan saya’ - Wanita padam video aibkan level Bahasa Inggeris ex-boyfriend - The Reporter

‘Dia dah beribu kali menipu, curang dengan saya’ – Wanita padam video aibkan level Bahasa Inggeris ex-boyfriend

Semalam, tular video sekumpulan wanita muda menyindir dan mentertawakan mesej perpisahan daripada seorang lelaki yang bercampur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Menurut salah seorang wanita terbabit berkata, penggunaan Bahasa Inggeris dalam mesej itu tidak betul dan menjadi bahan gelak ketawa mereka.

Individu yang sama turut menasihatkan golongan wanita mencari lelaki yang betul-betuk fasih dalam Bahasa Inggeris. Sesekali mengatakan mereka geli dengan lelaki bodoh.

Dikecam teruk sebab aibkan ex-boyfriend

Akibat celupar tidak bertempat, empat wanita itu dikecam teruk di media sosial. Sehingga ada yang menyamakan mereka dengan binatang.

Kesal dengan penularan video itu, empat wanita berkenaan tampil memohon maaf atas perbuatan mereka yang telah menyinggung perasaan orang ramai.

“Boleh delete dah tweet tu sebab kawan saya pun dah delete video Tiktok tu.

“Minta maaf kalau video kami buat tu menyinggung perasaan abang. Tapi tweet abang pun menyinggung perasaan kami juga. Terima kasih,” kata salah seorang rakan kepada individu yang memuat naik video tersebut.

Minta delete tweet aibkan perasaan mereka

Enggan lebih ramai yang salah faham, wanita yang menerima surat itu turut tampil memberi penjelasan.

“Dah boleh delete kot video ni bang. Saya pun dah delete video ni. Tak ada beza pun saya dengan awak spread hate macam ni.

“Cerita sebelum dia pun awak tak tahu. Dia dah beribu kali tipu dan curang dengan saya. Saya sendiri yang post, kawan saya pula yang kena. Tolong eh, terima kasih,” kata wanita tersebut.

Dakwa ex-boyfriend curang banyak kali

Seorang lagi rakannya menjelaskan, mereka mengakui kesilapan atas pembikinan video tersebut dan tidak menyangka video itu akan dimuat naik ke media sosial.

“Harap boleh delete post tersebut. Saya ingat video itu hanya untuk simpanan kawan saya. Jadi, maafkan kami atas video tersebut,” katanya.

Video untuk simpanan, tak sangka tular

Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat video itu tidak perlu dipadamkan.

“Daripada cara penulisan, macam tak nampak penyesalan itu. Siap cuba gaslight orang lain pula. Masa views 65,000 dah dua hari di TikTok, tak fikir pun pasal perasaan,” kata Cikgu Anep.

“Tak payah padam. Ironically, their correction is wrong at the first plcae. Based on the WhatsApp convo, bukannya tambah ‘have’ to ‘What I Made’ it should have been ‘What I have done’. Nak betulkan orang, diri sendiri pun bangang,” kata Total.

“Video dah tersebar baru nak menggelupur suruh padam dan dah padam di platform TikTok. Ajar ‘cari yang pandai’, kau sendiri tak pandai dik. Been cheat more than twice, then that’s your problem lah. Why so dmb giving another chance? You’re the one who spread hate,” kata Rain.

Walaubagaimanapun, Cikgu Anep akur dengan permintaan tersebut dan telah memadamkan video tersebut daripada akaun Twitternya.

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!