'Kalau nak cari ex-boyfriend, cari yang pandai, geli sikit dengan orang bodoh' - Sindir tahap Bahasa Inggeris seorang lelaki, sekumpulan wanita dikecam netizen - The Reporter

‘Kalau nak cari ex-boyfriend, cari yang pandai, geli sikit dengan orang bodoh’ – Sindir tahap Bahasa Inggeris seorang lelaki, sekumpulan wanita dikecam netizen

Tidak dapat dinafikan, Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang sangat penting buat masa kini. Secara jelas juga dapat dilihat kanak-kanak seusia tiga tahun ke atas sudah pandai berbahasa Inggeris.

Atas didikan kedua ibu bapa atau internet sekalipun, pencapaian ini dapat dijadikan sebagai satu persediaan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan yang mendatang. Tetapi, bahasa kebangsaan kita usah dipinggirkan sama sekali.

Namun, ada juga seperti dipinggir dan diperlekehkan apabila tidak fasih berbahasa Inggeris. Gelagat beberapa orang wanita yang memperlekehkan satu mesej daripada seorang lelaki yang cuba berbahasa Inggeris, dikecam ramai.

Menerusi mesej yang dikongsikan itu, lelaki itu cuba untuk meminta maaf atas kesilapannya yang lalu. Dalam mesej tersebut juga, lelaki itu menggunakan campuran bahasa.

“Korang, kalau korang putus, pastikan english korang betul tau sebab kawan-kawan dia bukannya bodoh tau. Kawan-kawan dia pandai tau,” katanya.

Kemudian wanita itu cuba memperbetulkan ayat lelaki itu sambil disambut ketawa rakan-rakannya yang lain.

“Korang kalau nak cari ex-boyfriend, cari yang pandai,” katanya

Salah seorang rakannya pula menyampuk.

“Kalau dia bagi ayat-ayat yang terakhir tu sejuk la sikit,” katanya.

Dia kemudiannya pula membacakan mesej itu sekali lagi sambil menayangkan mesej itu kepada rakan-rakannya.

“Setakat tu jerla, sebab geli sikit dengan lelaki bodoh,” katanya.

Susulan itu, netizen berpandangan kerana sindiran sebegitulah yang membuatkan ramai yang takut berbahasa Inggeris.

“Ini punca ramai takut berbahasa Inggeris, sebab orang macam ni. Lelaki tu mungkin taip mesej dengan penuh perasaan. Mungkin tak fikir pasal bahasa pun. Akhirnya dimalukan macam tu sekali. Secara umum pulak tu.

“Sekumpulan perempuan yang kurang bertamadun,” tulisnya.

Sumber: Cikgu_Anep

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!