Demi Newcastle United: Penyokong cilik kantoi ponteng sekolah ke stadium | The Reporter

Demi Newcastle United: Penyokong cilik kantoi ponteng sekolah ke stadium

Sumber Gambar: Gambar tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang penyokong cilik Newcastle United dirakam visual meraikan kemenangan apabila pasukan Magpies menewaskan Arsenal dengan 2-0.

Visual kanak-kanak yang dikenali sebagai Sammy itu turut menjadi tular kerana dia dilaporkan sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk menonton perlawanan tersebut.

Satu e-mel yang dipercayai dihantar oleh pihak sekolah Sammy turut tular di media sosial.

Menerusi e-mel berkenaan, pihak sekolah menyedari rakaman siaran televisyen berkenaan dan menandakan ketidakhadiran Sammy pada hari tersebut sebagai tidak dibenarkan.

“Kepada Ibu Bapa/Penjaga, hanya untuk memaklumkan bahawa ketidakhadiran Sammy pada hari Selasa, 7 Januari 2025 kini akan ditandakan sebagai tidak dibenarkan.

“Ini kerana rakaman media menunjukkan dia berada di London menghadiri perlawanan bola sepak. Sila hubungi pihak sekolah jika ingin mengadakan perbincangan secara lanjut,” katanya.

Ramai yang terhibur melihat telatah serta tindakan Sammy dan sambil berseloroh menyatakan Sammy juga membuat lawatan sambil belajar bagi subjek Geografi.

Namun, kata mereka tak sia-sia juga ‘usaha’ Sammy apabila pasukan bola sepaknya menang bergaya!

Related Posts