Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Seri Paduka membuat keputusan itu atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataan sama, Datuk Abu Bakar bin Jais dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.
Datuk Hajah Azizah binti Haji Nawawi pula dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak bagi menggantikan penyandang terdahulu yang akan bersara.
Baca juga:
- ‘Tidak pernah terlintas menimbulkan sebarang kontroversi’ – MIG mohon maaf
- Jamil Khir direman lima hari bantu siasatan RCI Tabung Haji
- Lelaki cetus provokasi Hari Kebangsaan di Putrajaya positif dadah
Majlis penyampaian watikah pelantikan serta istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara.








