Datin lapor polis, dakwa kakitangan homestay rakam video mandi selama 5 minit | The Reporter

Datin lapor polis, dakwa kakitangan homestay rakam video mandi selama 5 minit

Seorang wanita menunjuk ke arah seorang lelaki yang duduk di meja, dipercayai kakitangan homestay, sambil dikelilingi beberapa individu lain.
Datin Lyanaz Hassan bersemuka dengan individu yang didakwa merakam dirinya ketika mandi di sebuah homestay.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Usahawan kosmetik, Datin Lyanaz Hassan mendakwa dia mengalami detik hitam apabila seorang kakitangan homestay dikatakan mengintip dan merakam dirinya ketika sedang mandi. Perbuatan itu didakwa mencalar maruahnya serta menimbulkan trauma besar.

Dalam pendedahan di media sosial, Lyanaz menjelaskan kejadian itu berlaku di dalam tandas, bukannya di kolam renang. Dia mendakwa rakaman berlangsung kira-kira lima minit sebelum dia menyedari kehadiran individu terbabit.

“Aku tengah mandi dalam toilet, kakitangan homestay mengintai record video aku mandi selama 5 minit. Handphone dah rampas, banyak gila video-video ‘blue‘ dalam handphone budak tu. Kurang ajar, sampah masyarakat! Aku dah bagi budak tu pada polis.”

Baca juga:

Keluarga suspek rayu jangan libatkan polis

Menurut Lyanaz, laporan polis telah dibuat sejurus selepas kejadian itu berlaku. Telefon bimbit milik suspek juga diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Usaha awal pihak berkuasa mengesan suspek di rumah tidak berhasil.

Namun beberapa ketika kemudian, ibu bapa suspek membawa anak mereka berjumpa dengannya untuk merayu agar perkara tersebut tidak melibatkan polis, namun dia menolak permintaan itu.

“Kena ajar! Orang macam ni akan buat maruah orang banyak mana lagi? Kalau guest yang datang sini berapa ramai lagi dia akan record!”

Pemilik homestay beri kerjasama, nafi dakwaan buat marketing

Lyanaz menjelaskan bahawa pemilik homestay tidak harus dipersalahkan kerana mereka telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menangani kejadian tersebut. Namun, dia tetap menekankan kepentingan tindakan tegas bagi memastikan rakaman berkenaan tidak tersebar dan maruah dirinya terpelihara.

Dalam masa sama, Lyanaz turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya sengaja mencetuskan kontroversi untuk tujuan pemasaran.

“Ya Allah ampuni aku.. aku tak nak benda ini berlaku. Apakah perasaan bila kalian semua duduk di tempat aku?

“Aku tak suka marketing cara kotor. Dari jauh aku datang bukan semata-mata nak buat content yang mengarut atau cara murahan. Bukan cara aku. Bukan gaya aku,” katanya.

Sumber: TikTok Datin Lyanaz Hassan

Related Posts