Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Luluh hati wanita ini bila melihat anaknya hanya terbaring kaku dengan jahitan di kepala. Hanya dapat melihat dari kejauhan, dia begitu marah dengan kejadian yang menimpa anaknya, lebih-lebih lagi apabila dia dimaklumkan bahawa tempurung sebelah kanan anaknya sudah tiada.
Aku tak boleh accept benda ni. Apa motif nak kena sorokkan kesakitan anak aku tu padahal rekod buku baby, cantik. Tak ada sawan ke apa. Tiba-tiba dekat tangan dia, seminggu terus jadi darah beku tebal dekat kepala. Memang aku tak boleh terima.
Aku nampak diorang ni ‘something’ sangat sebab kakak ipar aku tu. Aku tak tahulah kalau dia guna orang dalam ke apa. Aku tak ada bukti tapi keberangkalian tu tinggi memang dia main orang dalam.










