Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Batu Kawan menyeru semua pihak agar menangani isu pengibaran Jalur Gemilang melalui pendekatan yang relevan dan harmoni, selaras semangat Malaysia Madani yang menekankan perpaduan serta kecintaan kepada negara.
Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya memandang serius kepentingan mengibarkan bendera negara dengan cara yang betul sebagai manifestasi jati diri rakyat Malaysia yang merdeka dan berpatriotisme.
“Misalnya, sesiapa atau mana-mana pihak yang melihat kejadian sedemikian berlaku, boleh memilih untuk memberi nasihat dan peringatan kepada pihak berkaitan supaya tindakan segera bagi membetulkannya diambil,” katanya.

Baca juga:
- Wanita dakwa suami ditembak polis, rupanya kekasih suspek & miliki 10 rekod jenayah
- Hanya 40 minit ke Indonesia, Melaka rancang bina jambatan 47.7km rentasi laut
- ‘Jangan paksa kerajaan iktiraf UEC’ – Tok Mat tegaskan soal identiti kebangsaan
Kesal isu bendera terbalik dimanipulasi
Beliau menegaskan, tindakan menasihati secara berhemah adalah kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah, berbanding mempolitikkan isu.
“Apa yang kita saksikan kini adalah pihak tertentu akan menangkap gambar dan mengviralkan di platform media sosial. Tindakan sedemikian telah menimbulkan pelbagai reaksi sehingga ahli-ahli politik dan orang awam membuat laporan polis supaya pendakwaan dilakukan atas pihak yang salah,” katanya lagi.
Chow turut melahirkan rasa kesal apabila terdapat pihak yang memanipulasi insiden bendera dikibar secara salah untuk tujuan politik.
“DAP Batu Kawan berasa kesal apabila insiden mengibar Jalur Gemilang dengan cara yang tidak berpandukan garis panduan tepat telah dipermainkan untuk tujuan politik yang mampu membawa kesan negatif kepada masyarakat umum khususnya,” ujarnya.
Menurut beliau, pendekatan berhemah dan harmoni bukan sahaja selari dengan nilai Malaysia Madani, malah dapat memupuk perpaduan serta menyemarakkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia berdaulat.
Sumber: Facebook Chow Kon Yeow








